• .Home.
  • .Tentang OBK.
  • .Harga.
  • .Borang Tempahan.
  • .Pembayaran.
  • .Hubungi Kami.
  • .FAQ.
Blue Orange Green Pink Purple

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Otai Bisnes Kad (OBK). Di OBK kami menyediakan perkhidmatan mencetak Bisnes Kad atau Business Card atau Name Card atau yang seangkatan dengannya. Kami menghasilkan Bisnes Kad yang berkualiti tinggi seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Kami mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kami. Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan sangat berbaloi dengan apa yang bakal anda perolehi. Ramai yang sudah menggunakan perkhidmatan kami dan sangat berpuas hati, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menempah Bisnes Kad dengan kami.Dengan teknologi yang canggih pada hari ini, anda boleh menempah Bisnes Kad untuk perniagaan anda di mana-mana sahaja anda berada. DAPATKAN BISNES KAD ANDA SEKARANG!!

Tentang OBK

Otai Bisnes Kad menghasilkan kad bisnes/business card/kad nama/name card yang berasaskan kertas, kad, pvc dll. Bisnes kad boleh dihasilkan dari design yang paling simple sehingga design yang lebih moden yang memaparkan nama syarikat anda, logo, alamat, nombor telefon, nombor faks, alamat emel, website dan blog beserta maklumat-maklumat penting lain seperti kod lesen perniagaan, produk & servis yang ditawarkan, maklumat dan spesifikasi produk, dan kebanyakan usahawan dan ahli perniagaan akan mewakilkan produk bisnes mereka dengan gambar/imej yang catchy dan unik untuk menarik minat pelanggan.

Servis Otai Bisnes Kad sangat sesuai untuk Ahli Perniagaan, Individu dan Organisasi. Walaubagaimanapun, trend sekarang kad bisnes bukan sahaja digunakan oleh ahli perniagaan, malahan individu juga boleh menggunakan bisnes kad untuk diberi kepada rakan-rakan dan sanak saudara agar mereka dapat sentiasa berhubung.

Sebelum ini kad bisnes hanya mengandungi kandungan asas seperti logo dan teks berkenaan perniagaan, namun kini kad bisnes yang moden turut mengandungi design yang lebih advance seperti 3d dan 4d design dari segi warna, visual dan efek.

Mode warna yang digunakan Otai Bisnes Kad adalah CMYK bermaksud 4 warna asas digunakan, dimana pelanggan bebas menggunakan warna yang mereka kehendaki. Kad Bisnes yang dihasilkan adalah kad yeng berkualiti tinggi disamping harga yang murah dan berpatutan.

Otai Bisnes Kad menyediakan perkhidmatan 100% secara online dimana ia memudahkan para pelanggan menempah dan menerima bisnes kad mereka tanpa perlu keluar dari rumah. Perkhidmatan penghantaran yang percuma juga disediakan.

Terdapat 2 jenis cetakan yang biasa digunakan.

  • Offset : Cetakan menggunakan mesin. Kualiti business card sangat cantik. Saiz font paling kecil boleh dicetak adalah 4 pixel. Tahan lama.
  • Digital : Cetakan menggunakan printer berkeupayaan tinggi. Kualiti cetakan tidak setanding dengan cetakan offset dan tidak tahan lama.


Apa itu Matte Laminate & Spot UV 

  • Matte Laminate – Satu lapisan plastik nipis yang tidak berkilat yang melapisi kad di bahagian atas dan bawah membuatkan ia tahan air dan tahan lama berbanding dengan kertas biasa. Rasa lembut dansmooth ketika memegangnya.
  • Spot UV – Satu lapisan kilat yang timbul (Emboss) di bahagian tertentu. Terutamanya pada logo, nama dan gambar-gambar produk.

Kesemua ciri-ciri di atas memberikan kesan positif kepada bakal pelanggan dan perniagaan anda.

Tawaran Perkhidmatan Otai Bisnes Kad


1. Artcard 260gsm / Artcard 310gsm (Tebal)
2. Offset Full Colour Printing
3. Matte Lamination (2 sides)
4. Templates Artwork Percuma
5. Penghantaran Percuma (Semenanjung Malaysia sahaja)
6. Potongan harga untuk ulang cetak


"Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami"
Read More | edit post
Home

  • About
      Otai Bisnes Kad, dimiliki sepenuhnya oleh RR Printing Services
  • Facebook

    Proses Tempahan

    1. Isi Borang Tempahan

    • Deposit RM20 semasa membuat tempahan
    • Emailkan slip pembayaran atau printscreen jika pembayaran dilakukan secara online ke otaibisnekad[at]gmail.com untuk pengesahan tempahan.
    • Kerjasama dari anda diperlukan untuk Pengesahan Pembayaran bagi mengelakkan kelewatan tempahan anda diproses.
    2. Proses Artwork
    • Setelah kami menerima pembayaran deposit RM20, proses artwork akan dimulakan. Proses artwork mengambil masa 1-2 hari bekerja bergantung kepada tahap kesukaran artwork dan tempahan yang kami terima.
    • Artwork yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan. Sila berikan alamat Email yang betul untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul.

    3. Semakan Artwork

    • Sila semak artwork yang dihantar dengan teliti dan maklumkan kepada kami jika terdapat sebarang kesilapan.
    • Proses cetak akan dimulakan setelah mendapat pengesahan dari anda dan baki bayaran telah dijelaskan.
    • Selepas proses cetak dimulakan, jika dikesan terdapat kesilapan adalah diluar tanggungjawab pihak kami kerana pihak kami telah memberi ruang untuk anda membuat semakan artwork..

    4. Proses Cetak

    • Anda dikehendaki membuat pembayaran penuh untuk membolehkan kad anda dicetak.
    • Kad tidak akan dicetak selagi kami tidak menerima pembayaran. Emailkan kepada kami slip pembayaran ke otaibisneskad[at]gmail.com untuk pengesahan.
    • Proses cetak mengambil masa 3-4 hari bekerja.

    5. Tempahan Siap

    • Kad yang telah siap akan dihantar melalui Pos Laju atau Sky Net. Kos penghantaran adalah percuma (Semenanjung Malaysia shj).

    Designer Sempoi

    Labels

    • Previous Customer (9)
    • Promotion (2)
    • Spot UV (2)

    Blog Archive

    • ▼ 2011 (11)
      • ▼ August (2)
        • Customer Otai Bisnes Kad Julai 2011
        • Customer Otai Bisnes Kad Jun 2011
      • ► May (1)
      • ► February (3)
      • ► January (5)

    Followers

  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright Otai Bisnes Kad. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top